Thursday 13 June 2013

KESILAPAN KEBANYAKAN PENGEDAR



Semalam sempat layan The Apprentice Asia. Ada 2 kesilapan besar yang dilakukan oleh peserta dan ditegur oleh Mr. Tony Fernandes.  Kesilapan sebeginilah yang selalu dilakukan oleh banyak pengedar diluar sana.

Pertama, peserta tak tahu harga produk. Ingat tak semasa episode pertama di mana peserta dikehendaki menjual ikan. Macam mana nak berniaga jika kita tak tahu harga produk atau tak tahu bagaimana nak letakkan harga yg lebih competitive. End up produk habis terjual tapi mengalami kerugian. Kesilapan yg sama diulang oleh peserta kali ni. Bila mereka nak belajar?

Kedua,  pengetahuan mengenai produk. Sebagai peniaga anda mesti mahir terhadap produk yg anda pasarkan. Macam mana nak berniaga sekiranya pelanggan tanya, kita tidak dapat memberikan jawapan yg baik. Shaklee bukan mudah kerana ia memerlukan pengetahuan mengenai nutrisi . Satu ilmu baru pada kita. Kita kena mahir kenapa, mengapa, bagaimana dan pelbagai persoalan mengenai produk. Semua ini memerlukan pembacaan dan perkongsian. Ramai pengedar yg ghairah mempromosikan barangan tapi gagal memberikan maklumat yg mencukupi kepada pelanggan.

Ingat ye Shaklee BUKAN ubat ia makanan tambahan (supplement). Kita makan supplement bukan untuk menyembuhkan penyakit tapi memberikan keperluan vitamin yg mencukupi kepada badan. So, apabila system immune badan kuat ia boleh melawan penyakit, menjadikan badan sihat, mencantikkan kulit, memberikan tenaga dan lain2. Dan INGAT supplement diambil semasa sihat tetapi ubat diambil semasa sakit.

No comments:

Post a Comment