Monday 17 June 2013

ADAKAH PERLABURAN ANDA HALAL?

Ada org tanya saya tentang satu pelaburan (tak perlu lah saya sebutkan namanya) yg lebih kurang cmni bunyinya. Melabur 100 ringit kemudian dapat ’lesen’ cari downline . Then downline tu akan bg duit ke kita 100 ringgit (bg direct) dan dia pulak dapat ‘lesen’ untuk cari downline lain dan proses ini berterusan. Camna tu?

Okay begini, sebenarnya senang sahaja, jawapan saya HARAM pelaburan tu dan tidak sah di sisi undang2 Malaysia (semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)). Tak percaya tanyalah ustaz. Ingat, fahami konsep muamalat di dalam islam sebelum memulakan apa2 perniagaan. Mesti ada barang atau perkhidmatan baru ada muamalatnye. Atau boleh juga pelaburan tapi INGAT wajib tahu syarikat tu melabur kat mana. Dunia ni sementara sahaja, akhirat jualah tempat selama-lamanya.

Daripada anda melabur RM 100 tu baik anda buat begini . Anda create satu laman web (kalau tak pandai upah orang). Anda jadi yg paling atas. Now anda cari downline utk melabur (bayarlah seratus kat anda). Bukan susah nak cari downline. Cmni caranye.... Anda pergi kat mana kereta2 mewah anda ambil gambar (tutup/adjust no platnye), pergi kat rumah banglow ambil gambar lagi. Ada duit post gambar duit. KEBANYAKKAN (tidak semua) rakyat Malaysia mudah sahaja untuk digelapkan matanya.  

Bila dia join anda, anda bagi ‘lesen’ kat dia untuk cari downline lain. Setiap 30 hari downline anda dan ke bawah kena register semula (hidupkan lesen la tu) dengan anda (bayar lagi RM100/RM50). Dengan lesen ni baru dia boleh cari downline semula. Kalau dia tak renew anda blok akaun dia. Untung tak? Senang je kan nak cari duit? Memang senang cmtu tapi ingat kita orang ISLAM, ada HALAL dan HARAM.  Nak kaya/berjaya sekali pun jangan sampai kita jual agama. I’m very sure government akan ambil tindakan kalau kita buat skim cmni. Apa jadi kat downline yg paling bawah bila akaun kita kena block???? Sanggupkah kita makan duit HARAM???

Mungkin org kata 100 ringgit apa la sangat. INGAT ni bukan sebab duit. Ni soal agama. Soal akidah. Berniagalah dengan beretika. Juallah apa sahaja asalkan ia halal dan sah. Kalau takda modal jadilah agen dropship atau buat MLM (Shaklee bermula dengan modal RM 75.00 sahaja), ada duit sikit jadi pemborong cari agen dropship, ada bakat menjahit jual baju online. Macam macam boleh jual. Jual tudung, baju, barang elektronik (jual yg ori sahaja, yg clone tu xsah dan salah sebab mencuri hak rekacipta orang - makan duit HARAM gak tu), supplement, barang baby, sabun dll.  Jom kita berniaga dengan berhemah. Nak lebih faham konsep muamalat layari:

http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/konsep-akad-dan-jenisnya-dalam-muamalat-islam

No comments:

Post a Comment