Friday 23 August 2013

BREAST KANAN NASI, BREAST KIRI AIR - MITOS ATAU FAKTA?


Masa anak yg pertama dahulu saya selalu dengar org2 tua cakap BREAST KANAN= 
NASI, BREAST KIRI=AIR. Ibu2 mesti selalu dengar benda ni kan. So diorang selalu suruh bb menyusu kedua2 belah (tak perlu sampai kering yg sebelah tu). Mmmm konpius ni? Betul ke penyataan tu atau sekadar MITOS semata-mata??? Okay, kali ni saya akan kupas melalui pembacaan saya dengan fakta2 sains. 

Untuk pengatahuan ibu2 sebenarnya kandungan kedua2 belah breast ADALAH SAMA.... Hahahha maknanya takda nasi dan air nya. Tapi jangan perlekehkan dahulu MITOS ni kerana tentu ada sebab MITOS ni tersebar. Sebab org2 tua ni kadang2 bercakap berkias2. Cuma kita kena pandai mencari makna yg tersirat...



Andaikata MITOS ni benar tentu penat wife saya nak melebel botol susu.... Hahahah... kena lebel nasi dan air... Bagi makan nasi then minum air... Selalunya benda ni kita dengar dari orang2 tua je. Yg moden ni dah faham fakta2 nya. Wife saya bila menyusu dia akan susukan bb sebelah sahaja sampai kering then baru tukar... 

Kalau bb dah kenyang bila menyusu sebelah sahaja camna? 

Hahaha... ni yg ibu2 KENA FAHAM konsep mengepam... Bila bb dah kenyang sebelah sahaja ibu2 perlu keluarkan pam dan mulakan sesi mengepam. Hehehe... susu tu tak akan berpindah ke breast yg kosong tu... Kalau bb minum sikit pun, bila ada balance kena pam. kalau tak dia akan membengkak. Wife saya kata sakit. Tahlah saya tak rasa.. Sakit la kot.. Okay jom kita buat ujian susu. Perasan tak bila ibu2 pam susu, letak dalam botol dia akan ada 2 lapisan. 1 lapisan yg agak cair dan 1 lagi agak pekat. Kenapa jadi cmtu? 

Susu yang cair tu adalah susu yang dihasilkan pada bahagian awal atau nama glamournya FOREMILK. Dalam foremilk kandungan lemaknya adalah rendah. Nilah yg orang2 tua panggil sebagai AIR. Susu yang pekat pula adalah susu yang terhasil di akhir penyusuan atau nama glamournya HINDMILK. Kandungan lemaknya adalah tinggi. So org2 tua panggilnya NASI. Myb ni la asal usulnya nasi dan air tu kot. Hehehe... 

Ingat ye perubahan foremilk ke hindmilk ni berlaku di breast yg sama. Persoalannya bila foremilk ni akan bertukar kepada hindmilk???? Jawab2...

Sebenarnya amat sukar untuk ditentukan bila perubahan itu berlaku sebab ia berlaku secara drastik dan tempoh perubahan bagi seorang individu adalah berbeza. Oleh itu, bila ibu2 menyusukan bb, pastikan bb menyusu sampai kering then kalau dia nak lagi baru tukar ke sebelah lagi. Melalui kaedah ni baru bb tu akan dapat foremilk dan hindmilk. Kalau tak kering mulakan sesi mengepam... Nak tahu teknik mengepam baca entry saya sebelum ni ye... 

Satu lagi soalan.... Kenapa ada 2 jenis susu yg berbeza dalam breast yg sama??? Mmmmm.... Sape boleh jawab???

Okay saya jawab. Begini semasa susu dihasilkan ia akan melalui alveoli (milk producing cells). Tapi bila nak lalu alveoli kebanyakkan lemak akan melekat kat belakang alveoli ni.. sebab lemak ni melekit2. So, oleh kerana dia 'sembunyi' kat belakang, tu la sebab namanya hind (sembunyi). Susu yg dah lepas tu kita panggil fore (hadapan). Susu ni boleh lepas sebab kandungan lemaknya rendah (kurang melekit). 

Apa pentingnya kita tahu benda ni?... Okay begini ye... lebih lama ibu2 simpan susu (tak bg bb minum atau tak pam) lebih banyak foremilk dihasilkan. Susu ni dia akan sentiasa dihasilkan (secara semulajadi). Makin lama makin banyak foremilk. Bila bb minum nanti dia dah kenyang (kenyang dengan foremilk sahaja) so dia tak dapat la hindmilk ni. INGAT ye bb perlu kedua-dua jenis susu ni sebab masing2 ada tugas dan fungsi yg berbeza. 

Lagi soalan... Apa pentingnya foremilk dan hindmilk ni???

Dalam FOREMILK ia mengandungi kandungan laktosa yg tinggi untuk tenaga, menghilangkan dahaga dan perkembangan otak bayi manakala HINDMILK untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi. Begitu lah adanya... So betul gak konsep orang tua2 ni air dan nasi kerana air menghilangkan dahaga dan nasi untuk kenyang.. cuma interpretation nya agak lari sikit... 

Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini ye. http://kellymom.com/bf/got-milk/basics/foremilk-hindmilk/

Satu lagi fakta yg ibu2 kena tahu... iaitu.... LEBIH SIKIT ibu2 ada susu badan, LEBIH TINGGI kandungan lemak yg ada dalam susu tu. 

Okay... dah kot untuk hari ni... sambung lagi nanti ye... Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment