Monday 26 August 2013

IDEA BUSINESS NO 3 - TANAH KUBUR

Assalamualaikum pembaca sekelian. Hari saya nak terangkan mengenai satu lagi idea business saya. Benda ni pun dah lama saya fikirkan tapi tak dapat nak dilaksanakan atas faktor yg sama iaitu masa dan money. So saya share sahaja kat blog ni supaya.... mana tahu anda ada kwn2 yg nak atau boleh buat benda ni..

Okay begini, idea ni timbul selepasa saya tengok kubur2 swasta yg dikendalikan oleh org2 cina kat Malaysia. Saya terfikir kenapa org islam tak buat cmni. Tapi saya tahu jawapannya iaitu kita ada tanah wakaf dan tanah perkuburan islam. Tapi persoalannya, adakah lagi 10 tahun tanah2 wakaf/tanah perkuburan islam ni mencukupi?? Insya Allah masih cukup... 

Okay persoalan lain pulak... berapa kerap kita menziarahi pusara kaum kerabat kita.. Secara pukul rata saya menjangkakan hanya 2 kali setahun iaitu semasa hari raya korban dan hari raya aidil fitri. Mayb ada yg lebih tapi KEBANYAKAN nya 2 kali je. Kenapa benda ni berlaku??? bukan kah kita digalakkan mengigati mati?? so apa lagi tempat yg paling sesuai kita untuk mengigati mati?? Bukankah jawapannya tanah kubur..

Tapi amat malang sekali..... Kebanyakkan (tidak semua) tanah kubur org islam tidak terurus... Melalui pengalaman saya sendiri, kubur arwah ibu saya berada jauh di dalam hutan (sebab kat situ lah tanah perkuburan islam)... dan agak semak.. Secara jujur nya saya agak takut nak g melawat sorang2 (seram gak)... kalau g pun 2 kali je setahun... Kenapa benda ni berlaku??? so anda yg bagi jawapan...

Ni idea saya... kita beli satu bukit. Kenapa bukit??? tiru kaum cina ke?? bukan2... kalau kita beli bukit lebih banyak kubur yg boleh dibina kerana strukturnya yg membukit la. Kalau tanah lapang tak beberapa luas... Dlm islam TIDAK ADA konsep lebih tinggi kubur tu lebih dekat dengan tuhan. TAK ADA. Andai kata satu bukit yg kita beli harganya RM 5juta. Then kita buat teres, bina centre yg mengandungi kantin, surau, rumah mandikan jenazah, rumah rehat, taman permainan, parking, pasang spotlight dll. Andai kata kos nya pun dlm RM 5juta jugak. 

Kita bina tanah kubur yg cantik. tak semak, teratur, ada guard, ada parking dan segala macam kemudahan. Tapi setiap tapak kubur tu kita wat sama je dari segi luas, batu nisan, dll (supaya cantik mata memandang). Setiap tapak kita charge kan RM 10k satu (percayalah akan ada org yg nak).. Andaikata satu bukit kita dapat 2000 tapak maka keuntungan kita RM 20juta (RM 10K X 2000 tapak). So tolak modal 10 juta masih ada 10 juta. 10 juta nilah yg akan digunakan utk penyelenggaraan, bayar guard, bil air, elektrik dsbgnya. Disamping tu boleh cas rm 10 ringgit setiap kubur sebulan untuk maintenance sebab nak maintain kubur ni sepanjang hayat. 10 juta tu akan habis lama kelamaan. So untuk maintenance akan dapat RM 20k sebulan (2000 tapak x RM 10). charge penyelenggaraan ni hanya start bila tapak kubur tu digunakan. Sebelum tu hanya bayar tapak sahaja (RM 10K).

Benda ni baru dan tak ada org buat lagi... so akan ada perdebatan. Myb ramai yg akan kata mati pun nak buat business. Tapi konsep saya bukan business semata-mata tapi lebih kepada kemudahan dan penyelenggaraan. Yela nak beli tanah, nak wat kemudahan dan maintenance memerlukan duit.... Sebenarnya sekarang ni pun dah ada konsep ni sikit2 sebab bila org gali kubur kita bagi upah gak, beli kain kapan bayar gak, beli batu nisan pun bayar  dll.. Tapi percayalah ada kebaikan disebaliknya seperti kubur nampak cantik dan teratur, nak melawat senang, org pun selalu datang (mudah-mudahan dapat memberi keinsafan). Bila ada kematian terhadap org yg dah beli tapak kubur tu, ada satu tim yg akan bantu menguruskan jenazah dari segi mandikan, kafan, tahlil, dll sambil dibantu ahli kariah kawasan tu. Package lengkap. Secara tak langsung dapat menjana ekonomi org islam seperti tukang buat buat nisan, penggali kubur, jaga, penjual makanan kat kantin dll.

Saya nak jadikan kubur tu sebagai salah satu tempat yg kita selalu lawat... ingat mati, ingat mak bapa kita, ingat tok dan tok wan kita.... biar anak cucu kita kenal mereka... so camna??? ada berani tak??? Kalau anda rasa idea ni ok atau ada kwn2 yg mungkin berminat boleh cuba.... nak sembang lebih lanjut boleh calling saya.. saya bg idea je.... myb tak sesuai myb sesuai... anda putuskan... Tapi kalau ada org yg buat saya nak tempah 5 tapak utk saya, isteri dan anak2. 

No comments:

Post a Comment