Thursday 22 August 2013

IDEA BUSINESS NO 2 - EXTRA SPACE



Assalamualaikum.. Pernah nampak lambang nie tak? Secara konsepnya saya telah memikirkan idea business ni myb dalam 15 tahun yg lepas kot. Extra space adalah satu company yg menyediakan tempat untuk anda simpan barang2 yg tak pakai tapi tak nak dibuang (cmtu lebih kurang). Kekadang org suka beli barang tapi sayang nak buang barang yg lama. So makin lama rumah/pejabat dah sendat end up nilah tempat anda boleh simpan. 

Extra space ni sebenarnya dah lama bertapak di muka bumi ni tapi kalau tak salah saya 2 tahun lepas baru wujud/glamour di Malaysia. Cmna idea business saya boleh timbul yg sama je cm extra space ni???? Okay begini, masa saya belajar dahulu kalau ada cuti panjang sahaja mesti nak balik kampung. Tapi masa tu naik bas je, xda kereta lagi. Kadang2 saya sampai awal kat puduraya tu, sebab nak shopping dulu brg2 kat family. 

Masalahnya beg yg nak bawak balik kpg ni banyak, nak usung berat pulak so saya simpan kat tempat simpan beg kat puduraya tu... Haaaa kat situ lah timbul idea business ni.. Saya terfikir masa tu, myb this kind of thing boleh dibuat business tapi dalam scale yg lebih besar.... Begini sediakan satu warehouse, buat bilik kecik2 than sewakan. Sewa harian, sewa mingguan, sewa bulanan atau tahunan. Kat US benda ni dah banyak org buat.

Selain daripada tempat simpan barang anda boleh juga sewakan kepada org2 yg nak renovate rumah. Yelah masa tu kan rumah bersepah dan tak beberapa selamat so mereka2 ni boleh simpan semantara kat tempat tu. Atau boleh sewa juga kepada office yg nak berpindah. Dari tempat lama ke tempat baru (tempat baru tu nak renovate dulu ke). Ada lagi, anda juga boleh sediakan perkhidmatan pindah barang dari rumah/pejabat ke warehouse tu. So pelanggan tak perlu cari lori sewa..... Untung tak? sebenarnya untung sangat2 sebab extra space ni dah ada cawangan kat banyak negara... Kenapa saya tak buat?? ada 2 sebab, yg pertama masa dan yg kedua kewangan... 

Tapi benda ni masih baru kat Malaysia, persaingan masih tak banyak.. so kalau anda ada kawan2 yg nak buat silakan... dan kalau anda rasa idea business ni ok, apa kata anda share dengan kawan2 anda. Mana tahu ada yg berminat. dapat pahala. Alhamdulillah... Ada lg idea business yg saya nak kongsi... nanti saya sambung lagi.. 

No comments:

Post a Comment