Wednesday 5 December 2012

Set - Ibu Mengandung Trimester II dan III



 
Adakah ibu-ibu perlu mengambil vitamin semasa mengandung?

Pada dasarnya vitamin terbaik datangnya daripada makanan yang dimakan. Namun begitu, tabiat pemakanan rakyak Malaysia, disiplin di dalam pemakanan, kualiti sayuran dan buah-buahan, cara penyimpanan dan lain-lain menjejaskan kandungan vitamin semulajadi di dalam makanan yang diambil. NHS Choices United Kingdom mengesyorkan ibu-ibu mengandung untuk mengambil vitamin setiap hari semasa sedang mengandung.

Apakah vitamin yang diperlukan?

1. 10 micrograms Vitamin D setiap hari sepanjang tempoh mengandung untuk ibu2 yang menyusu.
2. 400 micrograms Asid Folic - idealnya ibu2 perlu mengambil Asid Folic sebelum mengandung sehingga 12 minggu kehamilan.

* Ibu2 disarankan untuk tidak mengambil Vitamin A (atau retinol) atau Multi Vitamin yang mengandungi Vitamin A yang keterlaluan kerana ia boleh memberikan kesan sampingan kepada bayi yang dikandung.

Apa kepentingan Asid Folic?

Asid Folic sangat penting diambil oleh ibu2 semasa mengandung kerana ia boleh membantu mencegah 'birth defect' yang dikenali sebagai Neural Tube Defect (NTD). NTD ini boleh menyebabkan 'spina bifida'. Sekiranya ibu2 mengandung masih belum mengambil Asid Folic secara berkala sila lakukannya segera. Asid Folic secara semulajadi boleh diperoleh daripada sayuran yang mempunyai dedaun hijau (seperti broccoli, asparagus dll) atau brown rice. Selain itu, sesetengah ibu2 mengandung perlu mengambil Asid Folic dengan jumlah yang lebih tinggi iaitu 5 miligrams setiap hari sekiranya:

1. Ibu2 atau pasangan pernah mengalami NTD.
2. Pernah mengalami NTD semasa melahirkan anak terdahulu.
3. Ada sejarah keluarga yang mengalami NTD.
4. Ada diabetes.
5. Mengambil ubat untuk epilepsy (sawan).

* PENTING: Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengambil Asid Folic dalam jumlah yang tinggi.

Vitamin D.

Vitamin D diperlukan untuk menguatkan pembentukan tulang bayi yang dikandung terutamanya semasa di awal kandungan. Ibu2 perlu mengambil 10 microgram Vitamin D setiap hari. Vitamin D juga dapat mengawal jumlah kalsium dan phosphate di dalam tubuh untuk membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan tulang rapuh dan membawa kepada masalah penyakit seperti rickets (ganguan pembentukan tulang pada kanak2).

Hanya beberapa makanan sahaja yang mempunyai Vitamin D seperti oily fish, fortified margarines, sesetengan cereals dan taramasalata. Selain itu, cahaya matahari juga dapat membekalkan Vitamin D kepada tubuh.

Iron (Besi)

Kekurangan Iron boleh menyebabkan badan cepat letih dan mengalami anaemia (kandungan haemoglobin di dalam darah di bawah paras normal). Makanan yang mengandungi iron adalah seperti daging yang tidak berlemak, sayuran hijau, kekacang dll. Ibu2 mengandung digalakkan mengambil makanan berasaskan kekacang (seperti peanut butter) sebagai diet seimbang yang sihat. Pengambilan supplement yang mengandungi iron adalah digalakkan sekiranya kandungan iron di dalam darah rendah.

Vitamin C

Pengambilan Vitamin C sangat penting di dalam amalan pemakanan kerana ia dapat membantu menyerab iron yang terdapat di dalam makanan. Sayur2an dan buah2an seperti oren, blackcurrent, tomatoes, broccoli, peppers, potatoes dll kaya dengan Vitamin C. Ibu2 juga digalakkan meminum jus buah yang mengandungi Vitamin C sekiranya kadar iron di dalam darah berkurangan.

Kalsium

Kalsium adalah penting (Vital) untuk membina tulang dan gigi bayi. Produk tenusu dan ikan seperti ikan sardin kaya dengan sumber kalsium. Selain itu, amalkan juga memakan bijirin, apricots, roti, almonds, taufu, sayuran hijau juga merupakan sumber kalsium.

Pengambilan supplements yang betul adalah penting untuk mengimbangi keperluan Vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Jangan lupa menghubungi saya untuk mendapatkan supplements terbaik untuk ibu2 dan si manja. Jangan lupa yea...

Credit to:

http://www.nhs.uk/Pages/HomePage.aspx


"Hakcipta terpelihara@azman-shaari.blogspot.com. Tidak boleh diulang cetak untuk tujuan kormesil. Hanya downline di bawah saya dan nurul-syuhada.blogspot.com sahaja yang boleh mengguna pakai artikel ini secara terus."

No comments:

Post a Comment