Tuesday 5 March 2013



Dinner at Restoran Sri Melayu with our client from Germany and France. Sambil dinner tu saya tanya diorg tentang Malaysia. Apa yg buat mereka kagum tentang Malaysia adalah budaya, seni kraftangan, pakaian, tarian dan pelbagai perkara tradisional yang kita anggap semakin kolot. Saya lihat beberapa minah saleh dengan bangganya memakai baju kurung sambil ambil gambar dengan rakan-rakan mereka. Semua ni membuatkan saya terfikir di saat kita ke arah kemodenan adakah kita masih menghargai identiti bangsa dan sejarah kita? Berapa ramai jutawan yg sanggup buat rumah berkonsepkan rumah tradisional? Berapa ramai yg selesa berbaju kurung bila bekerja di syarikat multi nasional? Adakah anak-anak kita kenal dengan wayang kulit, congkak, galah panjang, kain batik, wau bulan dll. Di dalam mengejar arus permodenan jangan pula kita lupa asal usul kita. Ini Malaysia. Tanah Tumpah Darahku.

No comments:

Post a Comment