Friday 5 December 2014

KEDAI REPAIR KERETA ONLINE

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Nie satu lagi idea business yg saya rasa bole diketengahkan. Idea ni saya namakan Bengkel Kereta Online. Begini ideanya......

Saya selalu repair kereta kat Kajang (sebab bila saya beli kereta 2nd hand, saya akan hantar untuk pemeriksaan dan betulkan apa yg perlu sebelum jual), dah lama2 saya dah jadi kawan2 makenik kat situ... saya perhatikan ramai makenik yg ada vision utk maju ke hadapan dan ubah diri diorg... 

Tapi diorg nie xda modal dan xtau camna nak mula, so dari sinilah timbulnya idea bengkel kereta online nie... Kenapa online? sebab nak bukak bengkel nie memerlukan modal yg banyak untuk sewa kedai, beli tools, cari orang, bayar cukai dll. Banyak sangat modal yg diperlukan. 

Anda buat begini.... iklankan perkhidmatan service kereta di internet, buat flyers, dll.. sambil2 tu buat marketing sendiri (edarkan pamplet je)... buat service kereta di rumah/pejabat/ parking lot client... kerja2 service ni kalau boleh amik yg simple2 je sebagai permulaan (tukar minyak hitam, filter, tampal tayar yg bocor, isi gas air cond, tukar bateri dll). Kalau client nak service yg anda xda cmna?? contohnya alignment?? atas dasar kepercayaan dari client, anda boleh tolong bawakkan ke bengkel kereta dia... tapi saya xsyorkan kerana ada risiko kat situ... accident, bila2 nati kereta dia hilang ker, dll.. So buat yg mudah2 je... 

Jarang sangat org buat service dari rumah ke rumah ni dan KEBANYAKKAN orang malas nak bawak kereta ke bengkel sebab amik masa (kena tunggu lama), kena drive lagi dll. Tambah2 kalau kat KL atau Putrajaya atau bandar2 besar.... 

Bagaimana market business ni? Banyak sangat... Berjuta2 kereta di jalan raya dan kebanyakkan dah xda warranty (sebab bila ada warrenty owner kena hantar pusat service). Semua tu adalah client anda. 

Bagaimana nak mula? 

1. Cari makenik dulu (yg anda kenal lagi bagus). Yg anda puas hati dengan mutu kerja dia. Kumpulkan 4 atau 5 orang. Semua orang akan ada risiko sebab  mula2 memang susah, susah utk dapatkan kepercayaan orang. Bila anda buat yg terbaik Insya Allah.... Client anda yg akan buat marketing kat anda (dia ceritakan kat kawan2 office, facebook, sedara mara dll).

2. Buat iklan (blog, flyers dll).

3. Kena beli simple tools sebagai permulaan.

4. Kenderaan..

Tu je kot yg saya rasa. Nak mula nie mungkin slow sikit sebab orng xkenal anda lagi. Tapi bila anda boleh bagi perkhidmatan yg terbaik insya allah boleh maju. Dah maju nanti anda jadikan business nie profesional (ada pejabat, call centre, dll). Tapi kalau ada banyak duit jadikan ia professional job je terus. 

Kat mana anda untung? ada boleh cas lebih sedikit kat client sbb servise door-to-door (jangan mahal sangat). Anda boleh untung dari spare part yg dipasang kat client (beli direct dengan supplier).

Kat mana client untung? dia xpayah bawak kete ke kedai (jimat minyak, masa, toll dll). Sebab tu cas di lebih sikit dari bengkel.. 

Ada beberapa perkara yg anda perlu tahu... iaitu.... 

1. Bila melibatkan kerja2 service ni ia akan mengotorkan tempat anda bekerja so anda kena disiplin. gunakan pelapik, jangan buang minyak merata2 (kumpul), kalau tumpah kena bersihkan... pendek kata kebersihan kena jaga lah. Baru business anda boleh maju dan xda complain dari mana2 pihak. 

2. Jujur dan amanah... inilah perkara asas yg memajukan business anda.. xperlulah saya cerita. 

3. On time jangan lewat datang dari masa yg dijanjikan..

4. Pendek kata kalau anda ikut apa yg ajaran ISLAM anjurkan anda boleh berjaya...

Ramai yg bukak bengkel kereta kat luar sana, so untuk maju dalam business selalu saya bagitau... anda boleh buat apa yg orang lain buat tapi ADA MESTI JAGI LAIN DARI YG LAIN. 

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment