Tuesday 16 December 2014

TIPS IKLANKAN PRODUK

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Hari ni saya nak bagi tips untuk mengiklankan produk/perkhidmatan anda kat internet. Saya selalu perhatikan di dalam mana2 laman sesawang di internet banyak yg ambil mudah bila nak iklankan sesuatu produk mereka. 

Hari ni saya akan kongsikan beberapa kesilapan mudah dan tips apabila anda mengiklankan produk atau perkhidmatan anda iaitu:

1. Bila nak iklan tu, ambil gambar yg cantik dan terbaik. Bukan yg gegar atau blur. 

2. Kalau nak jual kete tu biarlah kereta tu dibasuh (luar dan dalam termasuk engine), cuci, polish dan ambil gambar pelbagai sudut. Kalau nak iklankan rumah pastikan kemas dahulu bahagian dalam rumah tu. 

3. Gambar tu biarlah yg nampak produk nya. contohnya kalau nak jual kenderaan ambil lah gambar keseluruhan kenderaan tu. Bukan sekadar engine atau interior je. Kalau nak jual rumah tu, biarlah nampak gambar rumahnya. Bukan sekadar gambar bahagian dalam atau gambar sesuatu tempat sahaja. Kekadang amik gambar sekadar untuk melepaskan batuk ditangga sahaja. 

4. Gunakan bahasa yg sopan kat dalam description anda. Lemah lembut dan gunakan ayat yg dapat menarik orang untuk melihat barangan yg anda niagakan.

5. Jadikan gambar 'complete produk' anda tu sebagai muka depannya. So bila orang nak tengok pun baru ada semangat sikit nk bertanya. Kekadang saya perhatikan org letak sebagaian gambar je. Bentuk produk pun xtau camna. 

6. Harga adalah faktor utama di dalam advertising anda. Ini adalah perkara pokok yg menjadikan produk anda terjual atau tidak. So, buat research sedikit dan jual ikut harga pasaran dan munasabah. Kat internet saya perhatikan rumah/kenderaan yg sama di advertise berulang kali (maksudnya xda pembeli la tu). Mana tidaknya, harga terlalu tidak munasabah. So anda jangan tamak dan terikut2 dengan seller yg lain. Anda buat apa yg anda rasa terbaik pada perkiraan anda. 

Orang diluar sana xkenal anda ataupun produk anda. Yg membuat potential buyer tertarik adalah gambar dan description yg anda letak kat dalam talian. So gunakan gambar yg menarik, bahasa yg sopan dan cari idea supaya orang tertarik nak beli apa sahaja yg anda iklankan. Hampir 70% (saya teka je) yg iklankan barangan mereka di internet melakukan kesilapan2 mudah begini. Rumah xkemas, kereta tak basuh, barangan tak tersusun dll. Macam mana nak tarik org datang lihat produk anda.

Anda letakkan diri anda sebagai pembeli dan lihat apa yg anda ingin tengok dan baca sebelum membeli sesuatu. So itulah yg perlu anda gunakan sebagai bahan dalan advertising anda. So, Selamat Mencuba dan Selamat Berniaga


No comments:

Post a Comment